Selamat Hari Guru 2024, Guru Jauhari Digital Aspirasi Negara Madani

Thursday, May 16, 2024

 
Selamat Hari Guru 2024,

Selamat Hari Guru kepada semua guru di seluruh Malaysia.. Kakak dan abang ipar aku sendiri adalah seorang pendidik. Aku tengok sendiri penat lelah dorang bertungkus lumus mengajar. Bahkan bukan tu saja hari cuti pun kena ke sekolah sebab ada program itu dan ini.. Bagi aku selain mak dan ayah kita, guru adalah orang yang banyak kenalkan kita tentang dunia dan pengajaran hidup.. Bukan hanya mengajar semata-mata..

Rindunya aku pada cikgu-cikgu sekolah yang pernah mengajar dulu.. Ada yang dah pencen dan ada yang masih kekal disekolah yang sama. Hanya usia yang berubah tapi mereka masih tetap sama. Rumah aku pulak dekat dengan sekolah. Lagilah mengimbau kenangan lama.. 
 
Selamat Hari Guru 2024,

Sempena hari guru ni, kakak aku minta siapkan button badge untuk dia beri pada guru-guru yang lain.. Tema Hari Guru tahun ni adalah "Guru Jauhari Digital Aspirasi Negara Madani".
 
Tengok lah cikgu-cikgu pakai di baju
 
 
Selamat Hari Guru 2024,

Selamat Hari Guru 2024,

Semoga semua guru diberi kesihatan yang baik dan dapat terus mengajar dengan lebih semangat lagi!
Read More

Lunch di Ayam Gepuk & Tooyu Jitra Kedah

Tuesday, May 07, 2024

Aku teringin nak rasa ayam kicap 3 budak gemok tapi sampai sekarang tak dapat rasa. Baru tau di Jitra ada Ayam Gepuk & Tooyu. Even tak sama tapi boleh lah nampak lebih kurang. First aku singgah sebelum puasa, time tu dorang cakap ayam tooyu stop kejap. yang ada cuma ayam gepuk. Kena tunggu lepas rasa.. Dugaan betul. haha
 
Ayam Gepuk & Tooyu Jitra Kedah, ayam kicap 3 budak gemok,

Jadi ceritanya ni lepas raya lah baru aku dapat makan. Haa so minggu lepas dapat lah hilang craving tu.. Aku sempat ambil gambar nasi saja. haha. punyalah lapar sampai tak menyabar nak makan. Itu pun tak proper, just snap cepat-cepat. 

Untuk tekak aku, sedap juga.. Cuma aku tak suka sangat cili dia.. Tapi untuk ayam kicap tu sedap! 4/5.. Sebenarnya nak buat dekat rumah pun boleh. haha.. Malas dengan tak je. Cili tu dorang blend dan masak.. Macam style aku suka cili digoreng dulu baru gesek dengan lesung batu.. haaa itu baru ngam.. 

Tapi untuk korang yang teringin sangat nak rasa ayam kicap.. Boleh lah cuba disini. 

Ayam Gepuk & Tooyu Jitra Kedah, ayam kicap 3 budak gemok,
Sumber Gambar : Google 

📍No 63, Tingkat bawah, Bandar Darulaman Jaya, 06000 Jitra, Kedah

⏰Buka setiap hari kecuali Sabtu  (11.00 pagi - 6.00 petang)

Read More

Nak rasa Cromboloni sedap? Boleh ke Flour Crown Jitra

Saturday, May 04, 2024

Flour Crown Jitra, cromboloni sedap alor setar, resepi cromboloni,

Hai korang.. Selain dari dessert yang ada di Simpol Cafe, Flour Crown Cafe juga antara yang famous.. First time aku rasa disini. Dah lama sebenarnya nak pergi tapi tak berkesempatan sampailah ke harini.. Sekarang ni tengah hangat kes Ruhainies.. eh bukan! haha.. Tengah cerita pasal makanan ni, hangat cromboloni. Tak semua cafe tau yang pandai buat, ada yang gigit sikit pun dah rasa keras. 

Flour Crown Jitra, cromboloni sedap alor setar, resepi cromboloni,

Cafe dia cute sangat.. Pinky gitu.. Suka betul tengok. Feeling princess! haha. Disini segala jenis pastri ada. Korang yang peminat tegar pastri, boleh lah cuba disini.. Aku pergi time lunch, jadinya takda lah nak order banyak manisan.. Kena makan makanan berat juga.

Flour Crown Jitra, cromboloni sedap alor setar, resepi cromboloni,

Aku pilih Pistachio Cromboloni! 4/5 rating! Sedap korangg.. Bahagian luar rangup dan atas tu ada topping pistachio. Filling dalam dia agak manis, tapi manis boleh diterima. Nama pun dessert kan. Of course manis.. Untuk cromboloni ada 3 flavors. Lagi 2 flavors tu Biscoff & Callebaut Ruby.

Chicken Popcorn Pasta sedap! 4.5/5 rating.. Rasa semua cukup. Tak pedas sangat, masin cheese dan manis semua cukup.. Ada daging slice juga..Perah pulak lemon tuuu.. Tak terkata sedapnya gaisss.

Flour Crown Jitra, cromboloni sedap alor setar, resepi cromboloni,




Ini kawan aku order Nasi Kukus Ayam berempah. Aku review jujur ye.. Nasi ni aku kurang suka sikit.. Ayam terlebih masak, dan jadi agak keras.. Kuah gulai pun biasa saja bagi aku.. 3/5. Tapi korang, ni pendapat personal aku. Mana tau kalau korang rasa, korang akan suka.. 

Flour Crown Jitra, cromboloni sedap alor setar, resepi cromboloni,

Instagram : @flourcrown

📍Lot 10A, Persiaran Mahsuri, Taman Mahsuri, 06000 Jitra, Kedah

⏰Buka setiap hari kecuali Selasa - 12.00 tengahari - 11.30 malam

Read More