Blogger buat duit dengan Intellifluence

Wednesday, January 24, 2024

Intellifluence, job blogger,


Hai korang.. Untuk blogger yang dah lama dalam dunia blog mesti dah tersangat kenal dengan Intellifluence kan? Bagi aku platform ni memang trusted dan sangat mudah untuk kita faham skop kerja yang diberi.. Aku dulu masa mula-mula nak daftar job dekat sini, rasa takut dan tak percaya, sebabnya Intellifluence dari luar negara..

Untuk blogger baru yang belum kenal apa itu Intellifluence, boleh tengok post aku yang lepas.. Korang baca dekat situ.. Job dari Intellifluence untuk semua Blogger | Buat Side Income!

Intellifluence, job blogger,


Bagi blogger lama tapi masih belum daftar untuk dapatkan job, try lah korang! Mencuba sesuatu yang baru untuk dapatkan job tak salah kan.. Kita kena usaha lebih sikit.. Tidaklah aku cakap job banyak dalam platform ni tapi dapatlah tambah duit poket sendiri.. Kita kena rajin apply job, check hari-hari profile kita. Mana tau hari kita check tu ada job baru masuk.. Rezeki namanya tu.

Aku nak kongsi dengan korang pendapatan aku disini hampir RM4000 untuk 2 tahun aku join.. Macam aku cakap tadi ianya bukan pendapatan bulanan tapi hanya menambah duit poket sendiri. Job yang aku dapat 100usd untuk satu posting..

Intellifluence, job blogger,


Korang boleh baca job pertama aku.. Perkembangan blog yang dulu hinggalah sekarang 

Ini adalah skop kerja yang aku kena buat selepas permohonan aku diterima:


We're pretty flexible on the topic to write about for this piece. It can be about the recent growth of lifestyle influencers & bloggers (or your own personal growth as an influencer/blogger over the last few years), personalities, influencer/data trends.


Itulah sedikit sebanyak perkongsian aku dengan korang.. yang mana nak daftar tu korang boleh ke sini.. Sign Up Intellifluence

If korang nak tanya apa-apa, boleh je komen dibawah atau email aku di itsmebusyra.work@gmail.com
Semoga posting ni bermanfaat buat korang semua..

4 comments

  1. semoga terus sukses...kak linda balas kunjungan dan folo sini ya...
    teringin nak buat gini, tapi kerajinan dan kesempatan belum ada..mungkin satu hari nanti, insya-Allah

    ReplyDelete
  2. Menarik.. Something new to be explore soon.. :D
    Setakat sekarang masih lagi mengekalkan status berblog sekadar untuk diri sendiri tanpa balasan huhuu.. :P

    ReplyDelete