MUDAHNYA PENIAGA ONLINE CURI GAMBAR DAN LETAK WATERMARK SENDIRI - BUSYRA TAKIYUDIN

Latest

Thursday, August 31, 2017

MUDAHNYA PENIAGA ONLINE CURI GAMBAR DAN LETAK WATERMARK SENDIRI

Hai semua..


Busyra nak share sikit dengan korang yang betapa pentingnya watermark di setiap gambar.. sememangnya memang ramai yang dah tau apa itu watermark.. Busyra sendiri dari dulu lagi memang sangat berhati-hati dengan setiap gambar yang busyra letak dalam blog.. bukan sebab belagak sombong tak mau share gambar atau apa.. "awak boleh ambil gambar saya tapi jangan buang watermark saya".. Sebab bagi busyra bila gambar yang kita ambil sendiri tu jauh tinggi nilainya.. tak kisah gambar tu lawa atau tak, yang penting hasil dari kita sendiri.

Bila Busyra dah buat semua tu di setiap gambar di blog, tapi jadi sebaliknya pulak.. di instagram busyra lupa nak letak watermark.. busyra ingatkan bila bisnes online ni tak ada la orang nak mencuri gambar, tapi rupanya masih ada.. haha. lawak betul. ada jugak spesis yang ambil gambar bisnes orang lain then letak di ig sendiri, letak watermark sendiri.. huhu.. sedih tau tengok gambar kita punya masuk dalam ig orang lain.. dan captionnya ala2 dia punya.. hmm.

busyra ada bukti semua, tapi busyra tak mau tunjuk di sini sebab tak mau tutup periuk nasi sesiapa.. sebab si dia pun dah delete gambar tu di ig bisnes dia. dan memohon maaf. even pada mulanya dinafikan.. first tu busyra tegur di mesej dekat ig dulu.. then dia cakap yang itu gambar dia punya dan apa salah dia??? whatssss? memang lagi bengang tahap berapi makan ramen samyang tau tak bila tengok dia reply macam tu! nak menipu tu agak2 la dik non oi.. setiap pinggan, setiap silauan cahaya, setiap coklat dekat kek batik tu sebijik kotttt.. **haaa masuk habis bab silauan cahaya** apa punya bahasa la busyra! hahaha..


then lepas tu dia block busyra dari ig bisnes dia tu.. busyra whatsapp dia pulak.. busyra cakap mintak buang kalau tak busyra buat cara lain.. hehe. ugut sikit jewww.. haaa kang viral kek batik aku pulak uols. haha.. boleh pulak dia cakap "dah delete dah pun dan saya pun malas nak panjangkan ceritaa.." weiii dik non dah sah-sah salah kau kotttt! alahaiii geram pulak kitteww.. kalau dia dah delete kenapa nak block busyra kan? then pendekkan cerita busyra suruh dia unblock sebagai bukti yang dia dah delete pic. akhirnya dia unblock dan gambar tu pun dah tak ada.. kan settle mudah kerja kalau dari awal dah delete.. kenapa nak susah2..

Moral of the story yang busyra nak cakap dekat sini.. setiap orang ada bisnes memasing, so create your own story.. jangan copy2 orang punya.. be yourself lah kan.. dan untuk peniaga makanan macam busyra ni, please la ye alert tentang watermark.. busyra sendiri pun terlepas pandang nak letak watermark.. salah sendiri jugak. lepas ni beringat laa. orang luar mungkin boleh cakap yang alaa gambar je kot.. sebenarnya gambar itu marketing.. sangat2 penting dalam bisnes.. jangan sampai orang curi gambar kita..


Okay itu saja bebelan dari busyra.. just nak share dengan korang, rasa terluah sikit.. haha :p ..sebelum lupa haritu blogger maizan ada tanya busyra apa nama instagram bisnes kek batik busyra tu.. @littlehomesignature .. jemput follow ye my readers. <3

6 comments:

  1. Memang watermark sgt2 penting busyra. Nti lepas ni stiap gmbr kena ltk wtermark k.

    Done follow ig little home. Terliuuurrr tengok kek batik busyra. 😚

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah org itu akhirnya bekerjasama utk delete gambar Busyra.

    Nanti sis follow IG little home signature.. Selamat maju jaya Busyra.

    ReplyDelete
  3. Betul...klu nak guna juga gambar sila kreditkan pada yang pemilik asalnya....tak salah pun kalau minta izin.

    ReplyDelete
  4. Tak berkat berniaga kalau guna gambar org tanpa izin. Hasil tu kan jadi darah daging kita nanti. Semoga kita dijauhkan dr sikap mcm tu kan busyra. Semoga business Busyra terus berjaya.

    ReplyDelete
  5. Nasib baik dah selesai hal tu.. Harap dia belajar dari kesilapan, dan Busyra pun jaga2 lepas ni. Semoga terus murah rezeki.

    Hihi done follow Kek Batik Sedap!

    ReplyDelete
  6. Tak berkat rezeki.. dahlah curi gambar lepas tu nak marah pula.. ish ish.. tak baik sangat..

    ReplyDelete

Copyright © 2012 Busyra Takiyudin All Right Reserved