RESEPI KERABU PUCUK PAKU DENGAN KERANG - BUSYRA TAKIYUDIN

Latest

Friday, September 29, 2017

RESEPI KERABU PUCUK PAKU DENGAN KERANG

Hai..


Dalam entri kali ni busyra nak share dengan korang resepi kerabu pucuk paku dengan kerang.. fuh! favorite busyra la ni.. sedapnya.. scroll facebook tadi terjumpa resepi ni.. siapa peminat pucuk paku? kita geng!

Bahan-bahan:

1. 1 ikat pucuk paku (celur) 
2. taugeh semangkuk (celur)
3. kerang (rebus dulu)
4. 5 atau 6 biji bwg merah
5. 2 sudu besar kerisik
6. cili padi (ikut selera, nak pedas letak banyak)
7. sedikit belacan
8. sedikit garam
9. 2 atau 3 sudu pati santan


Cara-caranya:

1. Tumbuk atau kisar kering cili padi dengan belacan 
2. Kacau cili kisar, kerisik dan bawang merah dalam bekas yang besar (untuk memudahkan proses gaul)
3. Masukkan kerang dan kacau sebati.. Masukkan garam sedikit
4. Kemudian, masukkan pucuk paku dan taugeh yang dicelur tadi
5. Kacau rata.. masukkan pati santan dalam 2 atau 3 sudu besar 
6. Jika ada yang kurang boleh tambah mengikut selera masing-masing. 



Selamat Mencuba!

10 comments:

  1. feveret akak nie! rajinnye busyra..

    ReplyDelete
  2. fuhhhh leleh ailio tgk kerabu nih.. makan ngan nasik panas2...ekekek

    ReplyDelete
  3. Arghhhhhh sedapnyaaa Busyra..Mana nak cari ni, nak buat malas, hahahaha. Malas kopek kerang.
    :P

    ReplyDelete
  4. Yeahhh . Kita geng . First CCL jatuh cinta dgn kerabu pcuk paku mix kersng ni time CCL gi kenduri kat pahang hari tu . Memang sedap . Perlis ni nak dapat pucuk paku memang susah sikit, kalau tkda kat pasar malam,pasar tani tak pun market . Jenuh carinya

    ReplyDelete
  5. Malam2 tgok entri ni. Lapar teruuuussss rasa. Huu

    ReplyDelete
  6. Nak cuba nanti..thanks yaa.. hehe

    ReplyDelete
  7. Suka makan juga pucuk paku...tpi akak belum pernah buat kerabu ni...nanti mau cuba juga resepi adik ni..

    ReplyDelete
  8. sgt sedap!
    kerabu gini feveret aida.
    makan dgn nasi panas. aduhai. sodap!

    ReplyDelete

Copyright © 2012 Busyra Takiyudin All Right Reserved