RESEPI ASAM PEDAS MELAKA IKAN PARI - BUSYRA TAKIYUDIN

Latest

Monday, November 13, 2017

RESEPI ASAM PEDAS MELAKA IKAN PARI

Hai.. lunch tadi tekak rasa nak makan asam pedas tapi tak nak yang style kedah punya. sebab kedah punya kuah dia cair, kurang uphmm.. haha. kutuk masakan negeri sendiri. daulat nanti. Busyra memang penggemar asam pedas melaka. Kalau pergi ke restoran yang ada asam pedas claypot tu confirm order! Tapi dekat kedah ni kurang sikit restoran macam tu. Kebetulan semalam busyra ada tengok resepi di facebook. So, boleh la cuba hari ni..

 Asam Pedas Melaka Ikan Pari

Resepi ni busyra ada olah sikit dari resepi asal yang diambil di facebook sebab ada sesetengah bahan busyra tak masukkan dan cara yang berbeza.. Kalau masakan asam pedas memang tekak busyra boleh masuk dengan ikan pari saja. kalau ikan lain tak best. Kuah tu bagi pekat sikit.. Makan dengan nasi panas-panas. serius sodap! okay jom busyra share resepinya!

Asam Pedas Melaka Ikan Pari

Bahan-bahan:

1. 3 ketul ikan pari (tips untuk tak nak bagi bau, basuh guna air asam jawa)
2. Sedikit air asam jawa (Agak-agak la ye, jangan terlalu banyak takut masam)
3. Sedikit belacan
4. Daun Kesum
5. Bendi, Kacang buncis, Tomato
6. Garam dan gula secukup rasa

Bahan-bahan Tumis:

1. 1 ulas bawang merah
2. 3 ulas bawang putih
3. 1 sudu teh halba

Bahan Kisar:

1. 8 ulas bawang merah
2. 6 ulas bawang putih
3. 1 inci halia
4. 1 sudu kecil jintan manis (tumbuk dulu, sebab kalau masuk dalam blender tak hancur nanti)
5. 10-12 tangkai cili kering (kalau dah ada cili kisar lagi senang, masukkan dalam 5-10 sudu).. busyra masukkan sekali tadi sebab cili kisar yang dah siap tak ada.. *cili kering ni ikut pada tahap korang suka pedas ye.

Asam Pedas Melaka Ikan Pari

Cara-caranya:

1. Tuang sedikit minyak
2. Masukkan bahan tumis
3. Bila bahan tumis sudah kekuningan masukkan bahan kisar tadi. Masak bahan kisar tadi sehingga jadi pes (bagi air blend tu kering)
4. Kemudian masukkan air asam jawa, sedikit air, belacan, gula dan garam
5. Masukkan ikan pari (tutup kuali sekejap untuk cepatkan proses ikan tu masak dan lembut)
6. Masukkan daun kesum dan biar seketika
7. Seterusnya masukkan bendi dan kacang buncis. 
8. Bila dah semua cukup rasa baru masukkan tomato. Siap! 

Asam Pedas Melaka Ikan Pari

Apa yang pentinggg, kuah pekatt. Busyra memang suka makan masakan pedas. Kalau tak pedas tak best. tapi sebenarnya tak bagus kan makan makanan pedas sangat. apakan daya, masakan macam ni la yang boleh buat nasi tambah. kalau tak pedaih tak syok orang kedah kata! haha

Asam Pedas Melaka Ikan Pari



Selamat Mencuba!

11 comments:

  1. kenapa kurang air nya ? dah macam asam pedas johor hehe

    ReplyDelete
  2. Fuh....meletopsss ni...pandai adik sorang ni masak...alhamdulillah...bagus2...makan dengan nasi panas..ulam timun...

    ReplyDelete
  3. fav kak ana ni. tghari makan dgn nasi. ptg cecah dgn cekodok bilis. nyum nyum

    ReplyDelete
  4. Sedapnya asam pedas melaka. Terliur sudah..

    ReplyDelete
  5. Asam pedas stail kelantan, saya pandai. Mudah dan ringkas.

    ReplyDelete
  6. Sempoilah resepi Busyra.. Sedap asam pedas nie..

    ReplyDelete

Copyright © 2012 Busyra Takiyudin All Right Reserved