I-BOX GLASS MUSEUM PERTAMA DI MALAYSIA - BUSYRA TAKIYUDIN

Latest

Thursday, April 19, 2018

I-BOX GLASS MUSEUM PERTAMA DI MALAYSIA

ibox penang, glass museum penang, muzium kaca penang, jalan jalan penang,

I-BOX GLASS MUSEUM PERTAMA DI MALAYSIA | Baru-baru ni, busyra and the geng jalan-jalan pusing Penang.. Meriah wehh ramai-ramai macam ni. dan kami tak lupa untuk singgah di Glass Museum.. Rasa teruja sangat nak sampai kesana. Untuk pengetahuan korang, muzium ini dibuka pada 21 Oktober, 2011 dan telah diiktiraf sebagai muzium pertama di Malaysia (Malaysia Book of Records).. So, apa yang best sangat yang ada disini? Teruskan membaca gais!

Longest Batik Motive Glass Painting

Salah satu lukisan dalam Glass Museum ini juga tercatat dalam Malaysia Book of Records dengan panjang lukisan batik adalah 12 Meter. Bagi busyra, lukisan batik ni ada keunikan tersendiri sebab bila kita sentuh/pegang, ia sejenis lukisan yang timbul..

ibox penang, glass museum penang, muzium kaca penang, jalan jalan penang,

World of Avatar

Serius cantik sangat lukisan dibahagian World of Avatar.. Macam dekat alam fantasi.. feeling lah kejap. haha

ibox penang, glass museum penang, muzium kaca penang, jalan jalan penang,

Interactive 3D Glass Mural

Banyak lagi sebenarnya gambar-gambar 3D disini tapi antaranya adalah 2 gambar dibawah..

ibox penang, glass museum penang, muzium kaca penang, jalan jalan penang,

ibox penang, glass museum penang, muzium kaca penang, jalan jalan penang,

Hands-on Glass Making Station


Kami berpeluang untuk bawa balik souvenir tapi kena buat sendiri tau! haha. weii tangan dah la tak pandai seni.. tapi tak apa, sis cuba. 


Gigih tau iolss nak buat ni, potong sana potong sini nak dapatkan huruf macam ni.. yang kanan mellya punya.. cepat cakap cantik hasil usaha kami. hahaha. paksaan okay! terkial-kial tangan time ni nak siapkan juga.

ibox penang, glass museum penang, muzium kaca penang, jalan jalan penang,

Tadaaaa. Finally siap! Busyra pilih warna gold dan silver. Cuba cari yang I punya pleasee.. hahaha. mengada gila!


Busyra suka sangat pic ni sebab nampak refleksi glass yang berkilau-kilauan tu.. Kalau korang sendiri yang ke sini, mesti gila bergambar macam kami-kami ni. haha. Actually, gambar dekat bahagian ni ambil banyak gila tapi yang lain tu dalam gallery je la mampu. hehe

ibox penang, glass museum penang, muzium kaca penang, jalan jalan penang,

Thanks Mr Bowie! Beliau story dekat kami macam-macam pasal glass museum ni.. Dari A sampai Z.. Layan kerenah kami, snap pic itu ini dan tunjuk ajar kami cara nak buat DIY Glass. Okay! sesiapa yang berminat nak kesini boleh tengok harga dibawah ye. Sangat berpatutan dan apa yang penting korang akan rasa kepuasan bila dapat tengok glass yang unik dan cantik!

Harga Tiket

Pemegang My Kad - RM18 (Dewasa) & RM10 (Kanak-kanak 3-12 tahun) 
Bukan Pemegang My Kad - RM23 (Dewasa) & RM13 (Kanak-kanak 3-12 tahun). 

Info Lanjut

Alamat: 6, Jalan Burma, 10050 Penang, Malaysia.
Waktu Operasi: Isnin hingga Jumaat  (9:30 am – 6:00 pm) /Sabtu (9:30 am – 5:00 pm)

8 comments:

  1. Menarik...bergambar dan boleh berkarya juga nih Busyra.

    ReplyDelete
  2. boleh masuk list ni kalau gi Penang!

    ReplyDelete
  3. wah bestnya.. tiket pun berpatutan

    ReplyDelete
  4. huh seronoknyaaaaaa... leh pergi nanti klu ke sana..

    ReplyDelete
  5. waa.. bestnya !! okeh.. masuk list !! nanti boleh g penang..

    ReplyDelete
  6. Bestnyaaa Busyra. Harga pun tak ada lah mahal sangat. Boleh lah pergi nanti bila bila ke Penang.

    ReplyDelete
  7. waaa. ini pun seronok jugak. mek tak pernah tahu musium ni ada.

    ReplyDelete
  8. Paling lawak part nak buat sendiri kraftangan tu la, dah la paling lambat siap, paling huduh plak tu, hahaha.

    ReplyDelete

Copyright © 2012 Busyra Takiyudin All Right Reserved