RESEPI MUDAH BUAT DONUT LEMBUT - BUSYRA TAKIYUDIN

Latest

Wednesday, August 28, 2019

RESEPI MUDAH BUAT DONUT LEMBUT

resepi, donut lembut, resepi donut lembut, donut gebu,

RESEPI MUDAH BUAT DONUT LEMBUT | Hai korang! Harini busyra nak share resepi mudah buat donut.. Donut ni kalau makan waktu petang mahu pula masa tu hujan.. fuhhh. sedap! Busyra makan pelik sikit cicah dengan sambal ikan bilis. hehe. disebabkan gula yang ada pada donut dah manis, so kena gabungkan dengan pedas pula. Okay! Jom tengok resepinya!

resepi, donut lembut, resepi donut lembut, donut gebu,

Bahan A:

1 paket yis kering
2 sudu susu pekat
1 1/2 cawan air suam
2 sudu gula
**campurkan bahan ni dan biarkan kembang selama 15 minit**

resepi, donut lembut, resepi donut lembut, donut gebu,

Bahan B:

4 cawan tepung gandum
2 sudu marjerin
1 sudu teh/kecil baking powder
1 sudu teh/kecil garam

Cara-Caranya: 

1. Ramaskan bahan B hingga sebati.
2. Kemudian campurkan dengan Bahan A, uli dan gaul rata.
3. Biarkan selama 1 jam. Pastikan bekas ditutup ye.

resepi, donut lembut, resepi donut lembut, donut gebu,

4. Adunan memang jadi lembik tapi korang jangan risau ye.. Jangan cuba-cuba nak tambah tepung tau.. haha
5. Selepas 1 jam, tumbuk-tumbukkan doh tadi untuk keluarkan angin. Kemudian ambil sikit untuk dicanai dan tekap. (busyra terlupa beli acuan nya, so terpaksalah buat secara manual. haha. buruk naww).
6. Biarkan lagi selama 30 minit.. Lepas tu baru boleh goreng. Pastikan minyak betul-betul panas.. Goreng dengan api sederhana perlahan.

resepi, donut lembut, resepi donut lembut, donut gebu,

Nak buat frozen pun boleh!! goreng dulu 1 minit kemudian simpan dalam plastik, masukkan dalam peti bahagian atas sekali. Bila petang, bolehlah goreng makan panas-panas.. Jika korang buat frozen,  keluarkan dulu dalam 20 minit baru goreng ya.

resepi, donut lembut, resepi donut lembut, donut gebu,

Selamat Mencuba!

8 comments:

Copyright © 2012 Busyra Takiyudin All Right Reserved