RESEPI SAGU GULA MELAKA

resepi sagu gula melaka, susu cair, gula melaka, sagu, resepi mudah, daun pandan,

RESEPI SAGU GULA MELAKA | Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni asyik post resepi memasak je la jawabnya. Masa terluang banyak kan. heee. Jadi manfaatkanlah.. Busyra memang suka sagu sejak azali lagi. sejak dari perut ibu.  hahaha. Okay korang, jom tengok resepi mudah sagu gula melaka.

Bahan Sagu:

1 cawan sagu (bilas dengan air dan toskan) 
3 cawan air 
5 titis pewarna merah / hijau
-Didihkan air, masukkan sagu dan pewarna. Masak dalam api perlahan dan korang kena sentiasa kacau sampai sagu menjadi kembang dan hilang semua warna putih. Bila dah masak, sejukkan dalam loyang.

Bahan Gula Melaka:

1 ketul gula melaka 
1 cawan air 
1 helai daun pandan 
-Masak kesemua bahan diatas api perlahan sehingga gula melaka cair dan menjadi pekat. Kemudian sejukkan. 

Bahan Lain:

1 tin susu cair (susu tak perlu dimasak) *kalau korang nak guna santan pun boleh.

resepi sagu gula melaka, susu cair, gula melaka, sagu, resepi mudah, daun pandan,

Cara penyediaan:

1. Sendukkan sedikit sagu ke dalam mangkuk.
2. Tuang air gula melaka. Agak-agak je tau masukkan tu sebab kalau terlalu banyak letak nanti manis sangat. 
3. Kemudian tuang susu cair.
4. Sejukkan dalam peti ais dan siappp! Dah boleh makan. busyra suka letak ais ketul time nak makan tu, Serius sedap.

resepi sagu gula melaka, susu cair, gula melaka, sagu, resepi mudah, daun pandan,

Selamat Mencuba Korang!


Post a Comment

3 Comments

  1. ya Allah ini sangat nikmat makan sejuk2 !!

    ReplyDelete
  2. Nakkk..sedapnya.Bahan semua ada boleh buat ni..lama rasanya tak buat.

    ReplyDelete
  3. Sedapnya lahaii buat minum petang ni. bulan puasa nanti boleh buat.

    ReplyDelete