3 SEBAB PENTINGNYA LABEL STICKER UNTUK PRODUK ANDA - BUSYRA TAKIYUDIN

Latest

Tuesday, September 12, 2017

3 SEBAB PENTINGNYA LABEL STICKER UNTUK PRODUK ANDA

Hai, Assalamualaikum semua..


Boleh tau tak siapa readers busyra dekat sini yang baru terlintas nak ada produk sendiri? dan berapa ramai yang dah start bisnes tapi belum ada label sticker? untuk pengetahuan korang, label sticker sangat lah penting jika sesuatu produk nak dikeluarkan.. Jadi dalam entri kali ni, busyra nak share dengan korang kelebihan kalau ada label sticker sendiri.. tapi sebelum tu, busyra nak terangkan sikit mengenai apa itu label sticker.. 

LABEL STICKER adalah sebuah identiti untuk sesuatu produk, tanpa label, tak boleh nak bezakan produk kita dengan produk yang lain.. Label adalah elemen yang penting di ambil kira bilamana korang berniat untuk nak keluarkan produk/brand sendiri. Boleh dikatakan semua produk perlukan label masing-masing.. Antaranya produk makanan dan minuman, produk spa, produk kecantikan, produk alat mainan, produk elektronik, produk pakaian, produk automobil dan sebagainya..

3 SEBAB PENTINGNYA LABEL STICKER UNTUK PRODUK

1. Produk nampak lebih professional

Dah semestinya lah kan kalau produk korang ada label sendiri akan nampak lebih cantik dan pro.. bila customer tengok pun rasa macam cantik, eksklusif ja.. tak ada la nampak kosong saja tengok produk korang tu.. uniknya produk korang dan semestinya berbeza dengan produk yang lain.

2. Produk akan lebih dipercayai

Siapa yang nak beli produk tanpa label kan? susah untuk kita tarik perhatian pelanggan tanpa label di produk yang ingin mereka beli.. elemen utama yang mereka akan tengok adalah label! yes label yang simple dan pro akan membuatkan customer lebih percaya untuk beli selain mereka tengok testimoni..

3. Produk secara automatiknya ada daya promosi

Apa yang nak busyra sampaikan adalah bila kita dah ada label sticker pada produk, sudah semestinya kita akan letak contact no kan? bagi memudahkan pembeli untuk contact di masa hadapan.. Jadi disitu dah ada 1 daya promosi tanpa perlu korang promosi di media sosial, sebab dekat label tu jugak korang boleh letak facebook, instagram dan sebagainya.. 

Dah tau kan betapa pentingnya label sticker? itulah antara 3 sebab utama bagi busyra.. harapnya dapat bantu korang untuk berfikir lebih jauh dalam membuat produk sendiri.. untuk yang berminat nak tau lebih lanjut/ nak order sticker boleh ke SINI atau whatsapp busyra di 0175719091 ye.


**to all blogger yang tak pernah jemu masuk dan tinggalkan komen di blog busyra, nanti busyra akan blogwalking ke blog korang ye..busyra update guna phone ja ni.. :( sebab sekarang busyra di KL..

13 comments:

  1. haa.. kakak pun selalu nampak packaging sekarang memang pakai sticker.. cantik dan kemas plak tu..

    ReplyDelete
  2. Setuju sangat label memang penting dalam memikat pelanggan..

    ReplyDelete
  3. Betul tu Busyra... at least kalau orang lain tengok, diaorang boleh order pula.. secara tak langsung jadi promosi...

    ReplyDelete
  4. perghhh mmg ade plan nak ade produk sendiri..info yg bagus nih :)

    ReplyDelete
  5. Good info juga ni ..
    Kalau ada produk sendiri, bagus juga buat label sticker ni ..
    Boleh dipertimbangkan ....

    ReplyDelete
  6. Sticker ni membantu jugak untuk promote produk kan

    ReplyDelete
  7. Salah satu personal branding sticker tu busyra. Senang orang bak cam produk kita kan.

    ReplyDelete
  8. setuju memang penting sebab itu kira macam branding :)

    ReplyDelete
  9. Memang penting ada label stiker.. salah satunya untuk branding dan promosi. Mudah pelangan nak kenal produk kita lagi tinggi orang nak repeat order >.<

    ReplyDelete
  10. akak setuju ... sticker memainkan peranan penting jika kita nak jual produk. Akka teringin nak letak sticker pada simpul kasih akak, doakan tercapai ye :)

    ReplyDelete

Copyright © 2012 Busyra Takiyudin All Right Reserved