MAKAN SOTONG BUNCIT JAHAT DI RESTORAN TOP D'GURUN

Monday, April 15, 2019

sotong buncit jahat, restoran top d'gurun, sotong bakar power, ikan bawal goreng, ikan bakar,sotong buncit jahat, restoran top d'gurun, sotong bakar power, ikan bawal goreng, ikan bakar,

MAKAN SOTONG BUNCIT JAHAT DI RESTORAN TOP D'GURUN | Hai semua! tengahari tadi busyra sempat untuk singgah makan sotong buncit jahat di Restoran Top D'Gurun.. dengar nama makanan pun dah wow kan? haha.. Sebab tu teringin sangat nak cuba dan nak review pada korang..

sotong buncit jahat, restoran top d'gurun, sotong bakar power, ikan bawal goreng, ikan bakar,

Restoran ni pun dah viral sekarang sampaikan ada yang dari negeri jauh sanggup turun ke sini semata untuk rasa keenakan masakan sotong buncit ni.. Namanya yang buatkan orang menggamit untuk mencuba! Masa busyra sampai tu masyaAllah ramainya.. huhu. udah ler kena beratur.. dengan lapar plus penat.. Tak apa lah demi seekor sotong buncit. ku gagahi jua! hehe.. 

sotong buncit jahat, restoran top d'gurun, sotong bakar power, ikan bawal goreng, ikan bakar,

Sotong bakar yang disediakan ni ada pelbagai jenis pilihan saiz. Kita boleh pilih sendiri saiz yang kita nak.. Harganya pun confirm lah berbeza. Yang busyra ambil ni harganya RM22.50.. Besar! mungkin kalau korang tengok dari gambar nampak kecil busyra tak zoom sangat.. Berbaloi juga sebab isinya ada telur yang padat.. Disajikan dengan kuah yang super sedap! Ada rasa manis-manis pedas gitu. Sotong ni sangat lembut dan tak liat pun..

sotong buncit jahat, restoran top d'gurun, sotong bakar power, ikan bawal goreng, ikan bakar,

Selain dari sotong bakar, busyra juga ambil ikan bawal goreng dan ikan kembung bakar.. Bermacam jenis aneka lauk ada disini, udang galah, sayur campur, ulam-ulaman, gulai ikan, macam-macam lagi lah..daging bakar pun ada tau! siap dengan sos sekali. 

sotong buncit jahat, restoran top d'gurun, sotong bakar power, ikan bawal goreng, ikan bakar,

Siapa ke sini nanti sila ambil sambal belacan dia.. Paduuu! sedap sangat. Sambal kicap pun sedap. Busyra dan ulam berpisah tiada.. hehe!.. Total semua busyra makan RM59.

sotong buncit jahat, restoran top d'gurun, sotong bakar power, ikan bawal goreng, ikan bakar,

Lokasi ni betul-betul tepi jalan besar.. Ruangan kedai memang besar dan selesa.. Tapi kalau ramai orang mungkin agak sedikit crowded. Busyra tak snap whole kedai ni.. Sebenarnya side sebelah kanan gambar masih ada banyak meja makan..

sotong buncit jahat, restoran top d'gurun, sotong bakar power, ikan bawal goreng, ikan bakar,

sotong buncit jahat, restoran top d'gurun, sotong bakar power, ikan bawal goreng, ikan bakar,

Rating: 4/5

Maklumat lanjut

Alamat: Restoran Top D' Gurun, Depan Simpang 3 Guar Nanas, 
08300 Gurun, Kedah.
Waktu Operasi: 10 pagi - 5 petang (tutup jumaat saja)

6 comments

  1. Kalau buncit penuh telur mesti best

    ReplyDelete
  2. Nampak sedap tp kelakar nama sotong

    ReplyDelete
  3. Geramnya tengok kebuncitan sotong tuu... Uihh syok ni kalau dapat

    ReplyDelete
  4. Sedapnya. Kita yg tgk pun dah terliur. Kalau ke sana wajib singgah ni.

    ReplyDelete
  5. sedapnya tengok! TErliur tengok si buncit ni hahaha memang betul la dia jahat!

    https://www.farhanajafri.com/

    ReplyDelete