NOURISHING SKIN CREAM HIMALAYA DIPERKAYA DENGAN KHASIAT ALOE VERA - BUSYRA TAKIYUDIN

Latest

Monday, October 02, 2017

NOURISHING SKIN CREAM HIMALAYA DIPERKAYA DENGAN KHASIAT ALOE VERA

Hai..


Setiap wanita sangat mementingkan kecantikan, sama juga seperti lelaki yang tak kurang gayanya dalam penjagaan kulit dan wajah.. Pasti ramai yang terfikir krim apa yang terbaik untuk mengekalkan kelembapan kulit.. biasa lah kan, kalau kita bekerja pagi sampai ke petang pasti kulit akan kusam dan tak bermaya, tambah lagi kalau duduk lama-lama dalam bilik beraircond.. kulit akan cepat kering dan mula lah kita tidak selesa semasa buat kerja.. 

Dalam entri yang lepas DISINI, busyra ada kongsikan dengan korang 6 produk yang busyra dapat dari Himalaya Herbals.. dan salah satunya akan busyra story dalam entri kali ini..


Sepertimana yang semua tau, di dalam krim ini terdapat ramuan Aloe Vera, Winter Cherry,  Indian Kino Tree dan Indian Pennywort yang bagus untuk menjadikan kulit sihat, lembut dan lembap.. busyra sendiri memang suka kalau produk yang gunakan aloe vera. Krim Nourishing ni even lepas korang basuh tangan pun still akan rasa lembap ldan licin lagi pada kulit.. itulah kelebihannya, best! busyra kalau bangun pagi lepas mandi pasti akan apply krim ni pada seluruh tangan.. 

Bahan Utama:

1. Pokok Kino India mempunyai sifat astringent yang berfungsi sebagai tonik kulit untuk memberikan keremajaan pada kulit wajah.

2. Aloe Vera yang terkenal dengan sifat penyembuhan, kaya dengan enzim dan nutrien yang menunjukkan tindakan anti bakteria dan anti kulat. Mempunyai UV semulajadi, ciri-ciri pelembab yang melembutkan dan menyerap pada kulit.

3. Winter Cherry adalah agen anti tekanan yang berkesan. Dalam penjagaan kulit, tumbuhan ini digunakan untuk tindakan antioksidan yang dapat membantu pertumbuhan semula sel kulit.

4. Pennywort India dianggap sebagai ubat terbaik untuk masalah kulit seperti ulser kronik dan ekzema yang berterusan.


Arahan untuk guna:

1. Sapukan krim dengan lembut pada tangan, muka atau leher dua kali sehari.. Untuk hasil yang terbaik, gunakan dengan kerap.

2. Sesuai untuk semua jenis kulit.. Ia juga boleh digunakan sebagai asas untuk make-up.

Krim ini ada 2 jenis kuantiti.. yang busyra dapat ni ada 50ml dan untuk yang lebih besar ada 150ml.. korang boleh dapatkan di mana-mana cawangan Himalaya..

5 comments:

  1. Wah boleh try ni. So far kak ana guna facial wash dia memang best. Suka sebab free paraben dan sls.

    ReplyDelete
  2. kak lina memang suka guna produk himalaya...boleh la cuba yang ni pulak

    ReplyDelete
  3. Aloe Vera ni jenis tumbuhan yang boleh pelembap yang bagus.. memang diakui...

    ReplyDelete
  4. ramai pakai produk ni..nak cuba ni

    ReplyDelete

Copyright © 2012 Busyra Takiyudin All Right Reserved