Mustafa Murrad dalam buku 'Umar ibn al-Khaththab sebagaimana diterjemahkan Ahmad Ginanjar Sya'ban dan Lulu M. Sunman mengisahkan bahwa Perang Badar terjadi pada suatu senja di hari ke-8 bulan Ramadan tahun ke-2 Hijriah. Umat Islam meninggalkan rumah mereka dan menyatakan ikut membela Rasulullah SAW melawan kaum Quraisy.Suara gemuruh dan ringkik kuda bercampur aduk dengan suara pedang, tombak, perisai yang silih beradu. Debu lembah berpasir Badar membumbung meliut-liut bersamaan dengan muncratan darah.Perang dahsyat itu akhirnya dimenangkan oleh pasukan Muhammad SAW. Mereka berhasil memukul mundur dan menjadikan pasukan Makkah terpecah dan lari kocar-kacir. Dari Perang Badar inilah, umat Islam memperoleh kemenangan pertamanya sekaligus menjadi tonggak eksistensi dakwah Islam.Hal itu dapat dibuktikan dengan kekuatan umat Islam yang setelah lebih dari tiga belas tahun ditindas oleh kaum Quraisy akhirnya menang. Tentu saja kemenangan ini mendorong umat Islam untuk semakin mengukuhkan dakwah dan meraih kemenangan-kemenangan berikutnya.
Doa Rasulullah SAW ketika berbuka puasa
Sunday, March 17, 2024
Tempahan flyers murah tapi kualiti tiptop
Friday, March 15, 2024
Resepi Kerabu Mangga paling mudah
Hai korang.. Alhamdulillah harini Jumaat pertama bulan puasa.. Masak simple je. Tak ke bazar ramadan pun. Sebab malas sangat, dengan cuaca panas sekarang ni.. Semalam aku beli barang basah ketam dan udang, simpan buat stok.. Jadi harini buat ketam masak lemak cili padi dan kerabu mangga. Itu pun dah kenyang.. Bertambah nasi.
Bahan-bahan:
1. 2 biji mangga epal (dihiris cincang)
2. 4 biji cili padi (ditumbuk)
3. 1 atau 2 ulas bawang putih
4. 2 biji bawang merah (dihiris)
5. Segenggam ikan bilis (digoreng)
Cara-caranya:
1. Goreng ikan bilis dan ketepikan.
2. Tumbuk cili padi, bawang putih dan ikan bilis goreng.
3. Gaul semua bahan tumbuk dengan mangga dan bawang merah.
4. Masuk sedikit penambah rasa (pilihan).. kalau tak nak letak pun boleh. Tak perlu tambah garam sebab ikan bilis dah masin.
Selamat Mencuba!
Sedap betul Sambal Tumis Segera Kak Yang Gulai Temenung
Hai semua.. Sahur 15 Mac 2024, masak masakan cepat je. Sambal udang menggunakan pes sambal tumis segera Kak Yang Gulai Temenung.. Haaa siapa je orang alor setar tak kenal kan. Kak Yang ada kedai makan di Kuala Kedah.. Terkenal dengan gulai ikan temenung, makan dengan nasi panas-panas..
Aku baru tau yang Kak Yang ada buat pes sambal tumis.. Sumpah sedap weh!
Kawan pejabat aku bagi pes ni suruh masak dan rasa sendiri.. Tak perlu masukkan apa-apa lagi bila guna pes ni.. Gula ke garam ke, sekalipun penambah rasa.. haaa dah tak perlu.. jujur aku cakap. Sesuai semua jenis makanan laut.. Macam aku ni guna udang, if korang nak guna sotong atau ketam pun boleh.. Sambal telur pun sesuai.
Memang sedap. 5/5.. Untuk orang yang baru nak belajar masak ataupun nak masak dengan cepat. Gunalah pes ni korang..
Kak Yang ada banyak lagi pes yang dia keluarkan.. InshaAllah nanti aku nak cuba yang lain pulak.. Untuk harga aku lupa pulak nak tanya kawan aku. Maklumlah orang bagi free. haha..