Pulut mangga ni kawan aku order.. Aku tak suka sangat.. Tapi mangga dia fresh. Aku rasa sesuap. Mangga dia sedap cuma pulut dia kalau boleh lembutkan lagi, lagiii sedap..
Kalau nak compare teh ais dengan kopi dia, aku lebih prefer kopi.. Sedap! Teh ais tu manis sangat, kena biar lama sikit baru boleh minum.. Kopi dia secukup rasa! 4/5.. of course aku paling suka packaging nya, nampak mahal dan exclusive..
BACA SINI : LEPAK DI ART NATURE GALLERY CAFE ALOR SETAR
Dekat sini ada macam-macam lagi menu. Dari nasi, tomyam, daging bakar.. semua lah.. Banyak betul menu dorang.. Ini kali ke empat rasanya aku ke sini.. Pernah try tomyam dia.. pun sedap! Tomyam dia lain dari yang lain. First time aku rasa tomyam macam restoran dorang..
📍15, Jalan Seri Tunku 1, Plaza Seri Tunku, 06000 Jitra, Kedah
⏰Buka setiap hari kecuali Jumaat (1.00 petang - 11.00 malam)